fbpx

Netizen puji ‘Lori King Kong’ bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jentera berat ini digunakan bagi membantu mangsa banjir.

PETALING – Kemunculan beberapa buah jentera berat jenis Dumper Truck bagi membantu mangsa banjir di Pahang tular di media sosial semalam.

Rata-rata netizen memuji pengendali jentera berat yang juga digelar sebagai ‘Lori King Kong’ itu kerana sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Maklumat dalam Facebook mendakwa jentera berat yang berkeupayaan meredah banjir dengan mudah tersebut dari Lombong Emas Penjom (Empang Jaleh) di Lipis.

Saiznya yang tinggi serta besar memudahkan usaha membantu dan menyelamatkan orang kampung yang terperangkap dan memerlukan bantuan.

Beberapa rakaman video menunjukkan Dumper Truck sedang menelusuri jalan yang ditenggalami air di Lipis turut dikongsikan netizen.

“Terbaik sikap tolong menolong orang dalam kesusahan moga Allah beri rezeki yang melimpah ruah,” kata pemilik akaun Facebook Kamal As.

Jentera berat tersebut merupakan alat pengangkut pelbagai jenis material termasuk pasir, kerikil dan tanah yang diperlukan dalam projek pembinaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI