MACHANG – Seorang mudir Sekolah Rendah Integrasi Islam Ikhwan, Kampung Gong Kulim di Pasir Puteh dekat sini disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan 34 buah buku berkaitan Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah di sekolah tersebut pada Selasa lalu.
Perintah lanjutan reman bermula esok sehingga Rabu terhadap suspek berusia 66 tahun tahun itu dibenarkan oleh Majistret Amal Razim Alias.
Perintah reman tersebut bagi membolehkan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Sebelum ini, suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan 34 buah buku berkaitan Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah di sekolah tersebut.
Kosmo! sebelum ini melaporkan pelbagai jenis bahan bacaan berkaitan Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah dirampas dalam serbuan di sebuah rumah amal dan sekolah milik GISBH di Gong Kulim pada Selasa lalu.
Kesemua buku-buku itu dijumpai di dalam stor rumah amal terbabit dalam operasi selama tiga jam bermula pada pukul 9 pagi. – KOSMO! ONLINE