fbpx

Lelaki warga emas maut, Hilux jatuh gaung 30 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bersama rakannya jatuh ke dalam gaung di Bukit Kopungit Vantage Point, Jalan Bukit Perwira malam tadi. FOTO IVAN AMIRUL/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama rakannya jatuh ke dalam gaung di Bukit Kopungit Vantage Point, Jalan Bukit Perwira malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Bianus Asai, 67, dipercayai duduk di bahagian sebelah pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu, Genol Lopidi, 66, mengalami kecederaan.

Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux Rouge dinaiki kedua-dua mangsa itu dipercayai mengundur sebelum terbabas dan jatuh ke dalam gaung sejauh 30 meter.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, operasi menyelamat dijalankan 14 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Azlee Abdullah.

“Terdapat seorang mangsa tersepit manakala seorang lagi tercampak keluar. Anggota bomba bertugas berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa kemudian dibawa naik oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI