fbpx

UM terima pelajar baharu tertinggi dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Universiti Malaya.

KUALA LUMPUR – Seramai 5,210 pelajar baharu yang mengikuti program sarjana muda bagi Sesi Akademik 2024/2025 mendaftar di Universiti Malaya (UM), mulai semalam.

Angka itu sekali gus mencatat jumlah pendaftaran pelajar baharu yang tertinggi sejak penubuhan universiti berkenaan pada tahun 1949.

Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Dr. Noor Azuan Abu Osman, berkata jumlah tertinggi pelajar baharu kali ini membuktikan universiti itu sentiasa menjadi pilihan di hati rakyat Malaysia.

“UM menerima pelajar baharu dari seluruh pelosok negara dan juga luar negara, termasuk China, Indonesia serta Bangladesh,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Noor Azuan berkata, beliau juga berkesempatan bertemu dengan ibu bapa kepada pelajar-pelajar terbabit pada sesi pendaftaran semalam.

Katanya, kebanyakan ibu bapa berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana anak-anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran di UM.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir bersama ke kampus UM.

“Pihak pengurusan UM juga hadir menyambut pelajar baharu dan memberi jaminan bahawa kami akan memberi komitmen penuh bagi memastikan pelajar dapat menghabiskan pembelajaran dengan cemerlang di UM, seterusnya melahirkan graduan yang berjaya,” jelasnya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UM, Prof Dr Zamri Radzi pula berkata, urusan pendaftaran berlangsung semalam turut dibantu 630 petugas terdiri daripada staf dan pelajar sukarelawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI