fbpx

Mayat Salmah pula dijumpai bawah timbunan sisa pelepah sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Salmah dijumpai pasukan penyelamat di kawasan ladang kelapa sawit yang masih ditenggelami banjir di Kampung Tanjung Kanan, Kuala Nerang hari ini.

KUALA NERANG – Wanita yang dihanyutkan arus deras banjir bersama anak lelakinya dalam kejadian di Kampung Tanjung Kanan, di sini semalam ditemui pada pukul 7.45 pagi tadi.

Mayat Salmah Mat Zain, 46, dijumpai pasukan penyelamat kira-kira 50 meter dari lokasi mayat anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19, yang ditemukan pukul 5.25 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, mayat wanita itu dijumpai kira-kira 15 minit selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pada pukul 7.30 pagi tadi.

“Operasi SAR disambung dengan kekuatan anggota sama dan kita menemukan mayat mangsa (Salmah) tidak jauh dari tempat mayat anaknya dijumpai.

“Mayat didapati tersangkut di bawah timbunan sisa pelepah sawit dan tunggul kayu di kawasan ladang kelapa sawit yang masih ditenggelami banjir,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut beliau, jarak mayat dan lokasi mangsa dihanyutkan arus kira-kira 200 meter.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Mulkiaman pada masa sama menasihatkan orang ramai agar tidak sesekali meredah banjir bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Semua mangsa banjir juga diminta untuk segera berpindah jika diarah berbuat demikian demi keselamatan diri dan keluarga,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua beranak hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika meredah banjir untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Tanjung Kanan kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.

Mereka dikatakan keluar untuk membeli nasi lemak dan pulang ke rumah dengan meredah laluan ditenggelami banjir akibat limpahan sungai berikutan hujan lebat, malam kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI