fbpx

Liga Super: Giliran Sri Pahang jadi mangsa amukan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN Perak, Luciano Guaycochea muncul wira pasukan dengan menyumbangkan dua gol untuk tewaskan Sri Pahang 3-0, sebentar tadi. - MFL

 

TEMERLOH – Perak seakan mula mendapat momentum sebenar apabila mengesahkan kemenangan ketiga berturut-turut dengan menewaskan Sri Pahang 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Keputusan ini menyerlahkan kualiti yang ada pada The Bos Gaurus, langsung tidak menunjukkan rasa gentar beraksi di tempat lawan dimana mereka turut meraih kemenangan dalam dua aksi terakhir dengan menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 3-1 dan kalahkan Negeri Sembilan 1-0.

Pada perlawanan itu, bintang import yang juga kapten pasukan, Luciano Guaycochea muncul wira Perak dengan menyumbangkan dua gol ketika Sri Pahang wajar menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyudahkan beberapa peluang terbaik.

Terdahulu, babak pertama seakan hampir tamat tanpa jaringan sebaliknya Guaycochea bijak mengambil kesempatan untuk meletakkn pelawat di depan pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua, Perak terus garang untuk menambah jaringan dan hanya memerlukan dua minit apabila Guaycochea sekali lagi menggegar gawang lawan.

Tuan rumah kembali perkemaskan corak permainan namun sekali lagi gerakan yang diatur gagal mnghasilkan sebarang gol.

Sebaliknya, Perak makin mengukuhkan kedudukan dan kali ini giliran Firdaus Saiyadi mencipta nama selaku penjaring pada minit ke-61. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI