fbpx

Warga emas maut kereta rempuh mesin padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa selepas merempuh mesin padi di Kampung Behor Mempelam, dekat Arau hari ini.

ARAU – Seorang warga emas maut selepas kereta yang dia pandu merempuh mesin padi di Kampung Behor Mempelam, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mangsa berusia 69 tahun yang merupakan tukang besi maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa memandu Perodua Kancil dari arah Simpang Empat menuju ke Tambun Tulang.

Katanya, pemandu mesin padi jenis New Holland berusia 18 tahun itu pula dipercayai dari arah petak sawah mahu bergerak naik ke atas treler di bahu kiri jalan dengan dibantu rakan-rakannya yang menjaga jalan.

“Mangsa dipercayai tidak menyedari amaran berhenti oleh rakan pemandu mesin padi dan terus melanggar bahagian hadapan jentera penuai tersebut.

“Kemalangan tersebut menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala kereta rosak pada bahagian hadapan dan bumbung serta cermin hadapan pecah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI