fbpx

PRK DUN MAHKOTA: Terima keputusan pengundi -Azmin Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED AZMIN ketika ditemui pemberita Bilik Gerakan Utama (BGU) Perikatan Nasional di Kluang, Johor malam ini.

KLUANG – Perikatan Nasional (PN) menerima keputusan yang dibuat oleh penggundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menyaksikam kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan hati terbuka.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota bagi PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, gabungan itu tidak akan berputus asa sebaliknya akan terus berusaha pada pilihan raya akan datang.

“Sejak dari awal lagi kita sudah menyatakan Mahkota, Kluang merupakan kawasan Pakatan Harapan (PH)-BN namun kita tetap berusaha sedaya upaya menyantuni seramai mungkin pengundi.

“Calon kita juga, Coach Haizan diterima baik oleh pengundi. Berbanding UMNO, mereka telah gunakan segenap jentera kerajaan negeri mahupun persekutuan untuk meraih sokongan dalam PRK kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN di Jalan Dahlia Kampung Melayu di sini, pada malam Sabtu.

Hadir sama Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, sokongan kepada PN tidak berubah di Mahkota jika dibandingkan dengan keputusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022.

“Kita juga ingin berkongsi sokongan kepada PN cukup baik dan nampaknya sokongan juga tidak berubah atau menurun bernanding pada PRN lalu.

“Pada PRN lalu peratusan keluar mengundi sebanyak 58 peratus dan kita meraih 7, 614 undi.

“Pada hari ini peratusan keluar undi terus menurun kepada 54 peratus namun sokongan kepada PN sebanyak 7,347 undi,” ujarnya.

Mohamed Azmin turut menggesa pihak bertanggungjawab agar mengenal pasti faktor yang menyebabkan peratusan keluar mengundi yang rendah di PRK DUN Mahkota.

“Peratusan keluar undi pada hari ini, adalah paling rendah iaitu hanya 54 peratus sahaja.

“Maka peratusan undi yang rendah ini menuntut semua pihak untuk melihat secara serius dan ambil langkah untuk pastikan penyertaan rakayat Malaysia dalam piihan raya ni dapat ditingkatkan selepas ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI