fbpx

Imej Mawar Rashid sekarang makin ‘wow’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penampilan Mawar kini semakin membuatkan ramai 'makan hati'.

PERKONGSIAN pelakon Mawar Rashid dalam media sosial sering menuai perhatian khalayak.

Bukan sahaja mereka memuji kecantikan semula jadi ibu tiga anak itu, bahkan ada juga yang ‘menghakimi’ penampilannya setelah berpisah dengan bekas suami Raf Yaakob.

Tidak kurang juga ada komen ‘nakal’ yang mencuba nasib memikat hati pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Bagaimanapun, dalam pada pujian melambung itu, ada segelintir peminat mengharapkan agar Mawar kembali dengan penampilan berhijab kerana kelihatan lebih sopan dan tidak terlalu mencolok mata.

Melihat kepada teguran itu, secara tidak langsung ada benarnya juga, namun apa-apa pun semuanya bergantung kepada tuan punya badan.

Bahkan sebelum ini, Mawar juga pernah menzahirkan permohonan maaf kerana tidak lagi bertudung.

Sebaiknya doakan semoga pintu hati Mawar untuk kembali berhijab dan kekal istiqamah.

Siapa tahu Mawar tiba-tiba menutup aurat.

DIVA: Seram betul dengar perkongsian cerita seram Zara Zya dalam satu siaran audio siar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI