fbpx

‘Paling mahal dalam perkahwinan bukan hantaran tapi kesetiaan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che berkata, nilai paling berharga dalam perkahwinan adalah kesetiaan.

KETIKA beberapa selebriti bergelut dengan masalah rumah tangga, Rozita Che Wan atau Che Ta menitipkan pesanan dalam Instagramnya baru-baru ini.

Diva memang tertarik betul sebab pesanan tersebut bukan sahaja untuk pasangan yang sudah berkahwin tetapi juga buat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga.

“Paling mahal dalam perkahwinan bukan hantaran, majlis mewah atau baju sedondon.

“Tetapi komitmen, komunikasi, kesabaran dan yang paling penting kesetiaan,” katanya.

Ringkas tetapi padat. Betul apa kata Che Ta, kalau kahwin dengan kos jutaan ringgit sekali pun tetapi nilai kesetiaan itu tiada, memang tak guna juga.

Jadi, kepada mereka yang sudah ada pasangan hidup, hadamlah pesanan Che Ta ini. Carilah titik kesetiaan dan cinta semula jika sudah hilang rasa. Wah! Diva macam penasihat cinta pula ya.

DIVA: Rasa-rasanya ada lagi artis yang ada masalah rumah tangga tetapi memilih untuk kunci mulut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI