fbpx

Anggota TDM maut lemas jatuh bot di tasik empangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat anggota TDM yang dijumpai selepas terjatuh bot malam tadi ketika bertugas di Tasik Empangan Linggiu, Bandar Tenggara dibawa ke Hospital Kota Tinggi

KOTA TINGGI – Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) maut selepas terjatuh dari bot di Tasik Empangan Linggiu, Bandar Tenggara malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihak polis menerima maklumat kejadian itu pada pukul 2.35 pagi berkaitan kejadian lemas melibatkan mangsa yang berumur 32 tahun.

“Ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang menaiki bot milik Angkatan Tentera  Malaysia (ATM) bersama tiga anggota lain yang turut sama bertugas di Tasik
Empangan Linggiu (PUB) sebelum bot yang dinaiki terlanggar objek dipercayai kayu hanyut menyebabkan mereka jatuh dari bot berkenaan.

“Tiga mangsa dapat menyelamatkan diri, manakala seorang lagi tidak timbul dipermukaan air.  Usaha mencari oleh mangsa terselamat di sekitar kawasan berkenaan tidak menjumpai sebarang petunjuk keberadaan mangsa sebelum memaklumkan kejadian kepada penyelia bertugas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yusof  berkata, sejumlah pegawai dan anggota dari Balai Polis Bandar Tenggara, Pasukan Bomba dan Penyelamat dari balai Kota Tinggi serta Bandar Tenggara juga Unit Skuba Bomba diatur gerak bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Menurutnya, mangsa berjaya dijumpai oleh Unit Skuba pukul 11.50 pagi pada kedalaman 13 meter di kedudukan kira-kira tujuh meter dari lokasi kejadian dan kes diklasifikasi dibawah Laporan Mati Mengejut (SDR) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI