fbpx

Pemandu lori didenda RM3,000 pindah biri-biri tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biri-biri yang dipindahkan oleh tertuduh tanpa permit JPV Kelantan di Tasek Berangan, Pasir Mas pada tahun lalu.

PASIR MAS – Seorang pemandu lori didenda RM3,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memindahkan empat ekor biri-biri tanpa kebenaran bertulis dan sijil kesihatan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Kelantan tahun lalu.

Tertuduh, Sudin Suhaimi 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Yusuff Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memindahkan empat ekor biri-biri menggunakan sebuah lori tanpa kebenaran bertulis dan sijil kesihatan dari JPV Kelantan.

Sudin didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 10.30 malam di hadapan sebuah warung di Jalan Tasek Berangan pada 15 Oktober tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Mohd. Sharif Sabri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh membayar denda yang ditetapkan oleh mahkamah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI