fbpx

LTdL 2024: Pilihan utama anggap edisi ke-28 lebih terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(Dari kiri) Pelumba dari pasukan Polti Kometa, Paul Double; Team DSM-Firmenich PostNL, Max Poole; EF Education-Easypost, Simon Carr; Tudor Pro Cycling Team, Simon Pellaud; Astana Kazakhtan, Gleb Syritsa; Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Klejin; dan Terengganu Cycling Team (TSG), Harrif Saleh bergambar selepas sidang media di sini hari ini, sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2024.

LANGKAWI – Saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dijangka lebih terbuka dengan semua pelumba memiliki peluang seimbang selepas tiada cabaran pendakian di Genting Highlands pada edisi ke-28 kali ini.

Pandangan tersebut disuarakan oleh jaguh pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn selain melihat tonggak Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa sebagai pencabar utama pada perlumbaan LTdL yang akan bermula esok.

“Saya kembali menyambung pertarungan dengan Syritsa, LTdL adalah ‘medan perang’ terbaik buat pelumba pecut.

“Saya gembira berada di sini bersama keseluruhan pasukan. Kemenangan yang cukup bermakna di Tour UAE walaupun berehat selama empat bulan akibat kecederaan.

“Selain Syritsa, saya juga akan bersaing dengan rakan senegara, Casper Van Uden (Team dsm-firmenich PostNL). Dia seorang pakar pecut yang laju dan juga mampu mendaki dengan baik,” katanya..

Sementara itu, Syritsa berjanji akan memenangi perlumbaan sebanyak mungkin dan perlu berhati-hati dengan pelumba lain juga selain De Kleijn.

“Secara peribadi, kita akan lihat pertarungan pecut antara pelumba lain seperti Van Uden juga. Apa yang pasti, LTdL kekal menjadi pelumbaan kegemaran saya,” katanya.

erlumbaan LTdL 2024 akan bermula pada esok bagi Peringkat 1, disusuli Peringkat 2 dari Arau ke Butterworth, Taiping ke Cameron Highlands (Peringkat 3), Kuala Kubu Baru ke Bentong (Peringkat 4), Kuala Lumpur ke Melaka (Peringkat 5), Batu Pahat ke Kulai (Peringkat 6), Miri ke Bintulu (Peringkat 7), dan Bintulu (Peringkat 8). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI