fbpx

LTdL 2024: Iqbal jadi sandaran pasukan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iqbal kini mewakili kelab berpangkalan di China, Hengxiang Cycling Team. - Foto SHIDDIEQIIN ZON

LANGKAWI – Jaguh berbasikal negara, Muhammad Iqbal Daniel Mohd. Nawawi enggan mendabik dada dengan kejayaan di peringkat domestik baru-baru ini, sebaliknya percaya saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 kali ini lebih mencabar.

Sebagai rekod, Iqbal mempamerkan prestasi ampuh ketika mengambil bahagian dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak apabila meraih dua pingat emas dan satu perak pada Ogos lepas.

Iqbal yang kini mewakili pasukan benua dari China, Hengxiang Cycling Team mengakui LTdL memiliki prestij lebih tinggi apabila tirai rasmi saingan bermula hari ini di Langkawi.

“Secara peribadi, saya rasa agak gementar sebab ini kali pertama menyertai jelajah besar dengan pasukan profesional. 

“Saya cakap dengan diri sendiri supaya buat terbaik, berada di kedudukan terbaik di setiap peringkat perlumbaan dan percaya pada kemampuan diri,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.

Mengulas lanjut, Iqbal yang baru berusia 20 tahun mengakui teruja apabila bertembung semula dengan sahabat baik, Tsen Ren Bao yang mewakili skuad kebangsaan di LTdL 2024 kali ini.

“Sekarang ini dia berada di pasukan lain (skuad kebangsaan). Jadi, kita kena lawan. Kalau saya dan dia di pasukan sama, masing-masing faham antara satu sama lain. 

“Apapun, kami tak sama (tugas dalam pasukan). Dia lebih kepada pendakian, saya pula ‘all rounder’ dan pecut.  

“Kami masih berhubung seperti biasa. Di luar perlumbaan kami kawan, dalam perlumbaan jadi lawan,” kata anak didik legenda berbasikal negara, Anuar Manan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI