fbpx

‘Now we war!’ – Guardiola hilang sabar dengan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN baik antara Guardiola dan Arteta boleh menjadi keruh disebabkan insiden panas ketika City menentang Arsenal minggu lalu. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola sudah bersedia melancarkan perang terhadap Arsenal sambil mendesak rakan sejawatnya, Arsenal agar tampil menjelaskan kenyataannya dengan lebih terperinci.

Arteta sebelum ini dihentam teruk gara-gara taktikal bertahannya disebabkan beraksi dengan 10 pemain ketika mengikat City 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad hujung minggu lalu.

Ketika diajukan soalan berkenaan perkara itu, Arteta membalas dengan kenyataan bahawa beliau mempunyai segala maklumat mengenai City kerana pernah berada di sana selama empat tahun.

Kenyataan itu sememangnya membangkitkan kemarahan Guardiola ketika mereka masih dalam perbicaraan terhadap dakwaan salah laku kewangan kelab.

“Mikel (Arteta) selepas ini perlu beri lebih penjelasan apa yang dimaksudkan. Kami semua tahu apa yang berlaku dalam tempoh empat tahun tetapi mungkin kenyataannya melibatkan 115 pertuduhan (salah laku kewangan)?

“Saya tidak tahu, mungkin dia mempunyai maklumat mengenai perkara itu, hanya dia yang tahu. Memandangkan kami mempunyai hubungan yang baik, saya harap dia dapat jelaskan maksud kenyataannya.

“Kalau mereka (Arsenal) mahu berperang kerana merasakan kami melakukan provokasi. Anda mahu berperang? Sekarang kita berperang,” kata Guardiola.

Difahamkan, kem City tidak boleh menerima kenyataan kerana mereka gagal untuk menewaskan Arsenal daripada empat pertemuan terakhir dalam semua kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI