fbpx

Bintang tenis diserang kemurungan, panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARCIA memilih untuk berehat sementara waktu daripada sukan tenis sebelum kembali lebih segar musim depan. - AFP

PARIS – Bekas pemain ranking No. 4 dunia, Caroline Garcia membuat keputusan untuk berehat sementara daripada dunia tenis selepas bergelut dengan masalah kemurungan dan serangan panik.

Bintang tenis Perancis berusia 30 tahun itu memutuskan untuk berehat bagi mengembalikan keseimbangan mental dan fizikal menjelang musim 2025 nanti.

Garcia, yang pernah memenangi WTA Finals pada 2022 dan mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat pada tahun yang sama, ketika ini bergelut dengan masalah prestasi akibat kecederaan dialaminya.

“Secara fizikal, saya telah memaksa bahu saya bekerja keras, cuba pulih sambil terus bersaing tetapi ia tidak berhasil. Saya memerlukan lebih banyak masa untuk sembuh sepenuhnya.

“Dari segi mental, saya perlukan reset. Saya perlu menjauhkan diri daripada tekanan berterusan dalam tenis.

“Saya keletihan kerana kemurungan, serangan panik dan menangis sebelum perlawanan. Saya juga penat kerana terlepas detik-detik bersama keluarga dan tiada tempat yang boleh saya panggil rumah sebenar.

“Saya memilih untuk berundur buat sementara waktu. Saya akan berehat beberapa minggu untuk memulihkan tenaga, kemudian akan mula membuat persiapan lebih awal menghadapi musim 2025 dari segi fizikal, mental dan taktikal,” katanya.

Garcia, yang kini menduduki ranking ke-36 dunia, menyatakan dirinya sering ‘terperangkap’ dengan pemikiran terutama kegagalan meskipun telah memenangi dua gelaran Grand Slam beregu dan 11 gelaran WTA termasuk Masters Cincinnati.

“Saya sering terfikir tentang apa yang belum saya capai. Saya tidak pernah menjadi nombor satu dunia, tidak pernah menang Grand Slam perseorangan dan tidak pernah berada di podium Olimpik.

“Saya tidak konsisten dan tidak berjaya kekal dalam kelompok 10 terbaik untuk setahun penuh,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI