fbpx

Tukang gunting didenda RM10,000, penjara sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Jagaiyah dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah menunggang motosikal dalam keadaan mabuk di Jalan Raja Dihilir, Ipoh. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Seorang tukang gunting rambut dihukum denda RM10,000 dan sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menunggang motosikal dalam keadaan mabuk di Jalan Raja Dihilir di sini Jumaat lalu.

Tertuduh, S. Jagaiyah, 41, juga berdepan hukuman penjara sembilan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Hukuman tersebut dijatuhkan setelah Jagaiyah membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nabihah Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menunggang motosikal di mana kadar alkohol di dalam darah didapati sebanyak 158 miligram (mg) alkohol dalam 100 mililiter (ml) darah iaitu lebih 108mg daripada had ditetapkan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Jalan Raja Dihilir di sini pada pukul 1 pagi, 1 Januari lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, dipenjarakan sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhaimin Ab. Kadir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah supaya dijatuhi hukuman minimum kerana menjaga ibu yang sakit selain pendapatan di bawah RM1,000 sebulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI