fbpx

Akaun bank tak ada tetapi minta keluarkan wang  RM27,282

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. - Instagram

JAKARTA – Perbuatan seorang lelaki bersenjatakan parang yang mengamuk dan melakukan vandalisme di sebuah bank di Indonesia mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Abata News semalam. 

Lelaki itu mengamuk selepas dihalau keluar oleh kakitangan kerana mahu mengeluarkan wang tunai berjumlah 100 juta rupiah (RM27,282). 

Bagaimanapun, dia tidak memiliki akaun simpanan. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @fakta.indo, dia dilihat menghunuskan parang ke arah kakitangan dan polis yang cuba menghalangnya daripada masuk. 

Lebih mengejutkan apabila dia sempat memecahkan pintu kaca dan beberapa mesin juruwang automatik (ATM). 

Suspek telah ditahan oleh polis. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Nak keluarkan duit tapi tidak ada akaun simpanan,” sindir seorang netizen. 

“Macam mana nak keluarkan duit kalau tak ada duit?” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI