fbpx

EPL: Ten Hag wajib menang atasi Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG (kiri) tidak lagi boleh menjadikan trofi Piala FA musim lalu sebagai modal untuk terus kekal sebagai pengurus United. - AFP

MANCHESTER – Kedudukan pengurus Manchester United, Erik ten Hag bakal menjadi taruhan dan mungkin terpaksa meninggalkan pasukan jika tewas kepada Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam ini.

Sebelum ini, pengurus itu terpaksa menjadikan kejayaan Piala FA musim lalu sebagai modal untuk terus kekal, namun segalanya seakan berbeza pada kempen kali ini.

Selepas kekalahan kepada Liverpool, keputusan seri dengan FC Twente dalam saingan Liga Europa juga menghadirkan kekecewaan berganda buat United.

Selepas diberikan dana yang agak besar untuk mendapatkan pemain baharu, keadaan Ten Hag pasti bertambah sukar untuk cuba pertahankan jawatan memandangkan kedudukan kelab juga akan terus merudum jika tewas kepada Spurs.

Bagaimanapun, pengurus dari Belanda itu kekal dengan pendirian dan cuba mempertahankan dirinya yang kini dianggap seperti berada pada titik paling rendah.

UNITED ketika ini sudah merekodkan dua keputusan seri berturut-turut. – AFP

“Saya fikir anda perlu menilai keadaan di mana kami sedang berusaha untuk jadi lebih baik. Kami perlu menandatangani pemain di mana kami mengambil pendekatan untuk mendapatkan pemain muda.

“Ketika ini kami sedang menukar arah dan perlu terus bekerja dengan pasukan di mana saya merasakan ia akan mengambil masa. Jadi adalah tidak bagus untuk saya bersikap tidak sabar.

“Untuk berlaku adil, kami juga memiliki kejayaan dalam dua musim sebelum ini dan sekarang sudah pasti kami mahu dapatkan lebih lagi,” katanya.

Untuk rekod, The Red Devils hanya mampu mengutip tujuh mata daripada lima perlawanan awal.

“Saya fikir aksi dengan Spurs akan jadi perlawanan yang sengit, namun kami juga ada cara sendiri. Mereka berteraskan menyerang tetapi itu akan membuka ruang di bahagian lain dan saya mahu kami tampil aksi terbaik untuk memanfaatkan keadaan itu,” jelas Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI