fbpx

Gajah liar jantan di Jeli masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor gajah jantan yang ditangkap di Kampung Lama, Kuala Balah dekat Jeli kelmarin. FOTO IHSAN PERHILITAN

JELI – Gajah liar jantan yang memusnahkan tanaman milik penduduk Kampung Lama, Kuala Balah, di sini masuk perangkap dipasang Perhilitan kelmarin.

Pengarah Perhilitan negeri, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menerima aduan berhubung haiwan berkenaan daripada penduduk pada Rabu lalu.

“Sebaik menerima aduan, kita bertindak segera bersama enam anggota Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan menjalankan pemantauan dan berjaya menangkap seekor gajah liar jantan di kawasan berkenaan.

“Sebelum ini haiwan liar itu telah merosakkan tanaman dan harta benda penduduk sehingga mengalami kerugian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Hafid berkata, operasi prmodahan gajah liar itu ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dilakukan dalam masa terdekat dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

Sehubungan itu, Mohamad Hafid berkata, penduduk khususnya pekebun agar mengambil langkah memasang lampu biru di laluan yang dikenal pasti menjadi laluan gajah liar itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI