fbpx

Padah merokok di George Town, 53 notis dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Penguat kuasa JKNPP ketika operasi PENBAR di kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, kelmarin.

GEORGE TOWN – Sebanyak 53 notis telah dikeluarkan atas kesalahan merokok di beberapa kawasan larangan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di sini, kelmarin.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), satu operasi penguatkuasaan Ops Penang Bebas Asap Rokok (PENBAR) telah dijalankan pada Khamis lalu melibatkan seramai 34 anggota.

Menurutnya, operasi tersebut bertujuan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan merupakan salah satu bentuk sokongan untuk penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam [Akta 852] yang bakal dikuatkuasakan 1 Oktober 2024.

“Operasi ini menyasarkan kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok sejak Julai 2015 di bawah Peraturan 22(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Sebanyak 53 notis kesalahan bernilai RM13,250 telah dikeluarkan JKNPP semasa operasi tersebut di beberapa tempat larangan merokok,” katanya di sini hari ini.

Justeru katanya lagi, JKNPP menggesa orang ramai menghormati peraturan larangan merokok, lebih peka terhadap kesihatan diri dan orang lain serta melindungi kesihatan awam daripada bahaya asap rokok. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI