fbpx

Jambatan kabel runtuh tidak jejas projek lain di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan runtuhan sebahagian jambatan kabel yang sedang dalam pembinaan di Bayan Lepas.

GEORGE TOWN – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bahawa insiden runtuhan sebahagian jambatan kabel di tapak projek kabel bawah tanah 275kV, Bayan Lepas di sini tidak menjejaskan projek-projek lain di negeri ini.

TNB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil maklum kejadian runtahan yang bermula dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bayan Lepas ke PMU Intel pada awal 26 September lalu.

“TNB telah mengambil tindakan segera untuk membaiki jambatan kabel tersebut dan tiada gangguan bekalan berlaku memandangkan ia adalah projek baharu yang belum dimula tugas.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden ini. Kerja-kerja memperkukuh jambatan kabel sedang giat dijalankan termasuk penambahan cerucuk di bahagian tengah bagi meningkatkan kekuatan struktur,” katanya di sini.

Jelas kenyataan itu lagi, TNB juga memberi jaminan bahawa projek ini akan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca runtuhan dan merangka pelan mitigasi bagi mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan,” tambahnya.

Terdahulu, media melaporkan runtuhan jambatan kabel berkenaan berlaku akibat struktur binaan yang tidak dapat menampung berat kabel 275kV.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, pihak TNB telah mengambil tindakan segera dan memaklumkan kepada Intel mengenai masalah tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI