fbpx

[VIDEO] Nombor telefon ‘sorry’, ambil gambar boleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR SYAZWANI tidak menang tangan menyediakan roti canai di gerai Roti Canai Abah di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Siapa sangka, video berdurasi 17 saat yang menunjukkan seorang gadis menebar roti canai yang tular di TikTok sejak Jumaat lalu menyebabkan Nor Syazwani Ab Ghani, 19, popular umpama seorang selebriti.

Bukan sekadar tertarik dengan kemahiran menebar roti canai, rata-rata ramai memuji kecantikan gadis itu dan mula ‘menyerbu’ gerai roti canai milik keluarganya yang terletak Di Indera Mahkota 2, di sini.

Menurut Nor Syazwani, video itu dimuat naik kakaknya, Nur Fitri, 27, bagi memperkenalkan gerai ‘Roti Canai Abah’ menerusi akaun TikTok Lilydeh.

“Kakak saya yang buat konten video itu, yang pada asalnya mahu memaklumkan kepada penduduk tempatan yang kami telah memulakan jualan roti canai pada hari pertama.

“Tetapi tidak sangka, video itu meraih 2.9 juta tontonan, dengan 6,890 perkongsian di TikTok. Selepas itu, ramai kawan-kawan termasuk bekas guru saya beritahu video tu sudah tular di platform media sosial lain juga,”katanya di sini hari ini.

Nor Syazwani yang merupakan anak keenam daripada lapan beradik menjelaskan, menu roti canai itu tercetus selepas mereka berbincang bersama dengan kedua ibu bapa memandangkan sebelum ini mereka pernah menjual menu itu sebagai sarapan semasa berniaga di Jalan Gambut, Kuantan selama enam tahun.

“Memandangkan adik beradik semua mahir menebar roti canai, kami ambil keputusan untuk menjual roti canai dengan 10 kilogram tepung pada hari pertama.

“Hari ke-2 kami masih kekalkan dengan 10 kilogram juga tetapi dalam tempoh satu jam, roti canai habis gara-gara video yang tular itu. Alhamdulillah, sehingga hari ini, kami telah buat sehingga 35 kilogram iaitu kira-kira 800 keeping roti canai sehari,”katanya.

Difahamkan, bukan sahaja penduduk tempatan yang membeli roti canai di gerainya, tetapi ada yang datang dari seluruh negeri seperti Rompin dan Raub semata-mata untuk mencuba menu itu.

Dalam pada itu, Nor Syazwani berkata, selain gerai diserbu pengunjung untuk merasai air tangannya, dia juga mengakui ada yang datang untuk berkenalan dan meminta nombor telefon, namun dia menolak untuk memberi kerana baginya itu adalah sesuatu yang peribadi.

Bagaimanapun, dia memberitahu sekiranya ada pengunjung yang mahu berbual atau merakam gambar bersama, boleh datang ke gerai bermula jam 7 pagi sehingga 3 petang.

“Ada yang minta nombor telefon, tetapi saya tak boleh lah nak beri. Kalau nak berhubung, boleh melalui akaun Tiktok atau Instagram saya, atau datang ke gerai terus,” jelasnya yang berketurunan Melayu Kelantan Thailand.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI