fbpx

Semua premis GISBH di Selangor diarah tutup – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika berucap pada pelancaran dua Projek Rumah Idaman di bawah skim inisiatif kerajaan Selangor di sini, hari ini. - Foto oleh AMREE AHMAD

CYBERJAYA – Kerajaan Selangor mengarahkan semua premis GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di negeri itu ditutup serta merampas segala aset syarikat tersebut.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun, jumlah keseluruhan premis akan diketahui pada Rabu depan meliputi kesemua rumah amal dan sekolah yang disyaki milik gerakan tersebut.

Beliau namun menegaskan, setakat ini semua sekolah agama yang diuruskan organisasi itu sudah diarahkan tutup dan tindakan dilakukan pihak Jabatan Agama Islam Selangor.

Bahkan tegas beliau, sekiranya masih terdapat maklumat baharu mengenai premis disyaki ada hubungan dengan GISBH, tindakan susulan dilaksanakan segera termasuk rumah-rumah perlindungan untuk kanak-kanak dan remaja diuruskan GISBH.

“Laporan awal diterima tetapi mungkin ada tambahan lagi, pada masa ini sudah ada banyak tindakan susulan dan laporan yang diperoleh.

“Isnin depan saya akan meninjau nasib anak-anak dalam kalangan pengikut gerakan ini dan Kerajaan Selangor juga sedia bantu kerana ia melibatkan masa depan mereka,” jelasnya selepas melancarkan dua Projek Rumah Idaman di bawah skim inisiatif kerajaan Selangor di sini, hari ini.

Isu GISBH mula menerima tumpuan ekoran tindakan pihak polis melancarkan Op Global dengan penahanan 171 individu pada 11 September lalu di beberapa lokasi di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI