fbpx

Pesakit Mpox semakin pulih, stabil – Dr. Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly ketika merasmikan program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0, 1 Hour Malaysia Clean Up dan Hari Cuci Malaysia di Kuarters Presint 18R13, di sini, hari ini. Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seorang pesakit positif cacar monyet atau Mpox varian clade II pada 16 September lalu kini semakin sihat dan berada dalam keadaan stabil.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, individu itu telah menunjukkan perkembangan positif dan dalam proses menamatkan tempoh isolasi.

Beliau berkata, setakat ini, tiada kes baharu mpox dalam negara direkodkan.

“Berhubung vaksin penyakit itu pula, kami sedang menunggu ketibaan bekalan vaksin MVA-BN, yang dikhususkan kepada kumpulan berisiko tinggi, termasuk petugas kesihatan serta kontak rapat kes yang disahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0, 1 Hour Malaysia Clean Up dan Hari Cuci Malaysia di Kuarters Presint 18R13, di sini hari ini.

Pada 17 September lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dilaporkan berkata, KKM berjaya mengesan satu kes positif mpox varian clade II pada 16 September lalu.

Dr. Muhammad Radzi dilaporkan berkata, kes itu dikesan daripada 58 kes disyaki MPox yang dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI