fbpx

Pusat kajian telekomunikasi satelit pertama bakal ditubuh di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kiri) pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara Geespace dengan Altel di Beijing, China.

PETALING JAYA – Satu pusat kajian dan penyelidikan serta pusat kecemerlangan yang pertama di Malaysia bakal ditubuhkan merangkumi bidang telekomunikasi satelit.

Sehubungan itu, satu majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara syarikat teknologi satelit Geespace dengan syarikat telekomunikasi Altel telah berlangsung di Beijing, China serta disaksikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, penubuhan pusat tersebut mampu membantu usaha kerajaan yang berhasrat untuk meluaskan penggunaan teknologi ‘direct-to-cell’ menerusi satelit orbit rendah (LEO).

“Pusat berkenaan yang bakal dibangunkan oleh Geespace dan Altel boleh menjadi platform untuk lebih banyak kajian dijalankan bagi melihat kesesuaian penggunaan teknologi itu,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Menerusi majlis menandatangani perjanjian usaha sama tersebut,
Geespace diwakili Ketua Pegawai Teknologi, Edison Ding, manakala Altel diwakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohamad Helmi Harith.

Terdahulu, Fahmi ke Beijing bagi lawatan kerja selama tiga hari ke China, yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor penyiaran, komunikasi digital, serta industri perfileman antara Malaysia dan China.
Ini merupakan lawatan sulung Fahmi ke negara Tembok Besar itu sejak dilantik sebagai menteri pada Disember 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI