fbpx

[VIDEO] Operasi cari dua beranak hanyut dalam radius 200 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat dua beranak yang dihanyutkan arus deras di Kampung Tanjung Kanan, Kuala Nerang hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – Operasi pencarian dua beranak dilakukan dalam radius kira-kira 200 meter dari mangsa dilihat dihanyutkan arus deras di Kampung Tanjung Kanan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa iaitu
Salmah Mat Zain, 46, dan anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19, sedang giat dijalankan.

Katanya, operasi melibatkan 10 bot pasukan penyelamat iaitu polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Kekuatan anggota melibatkan 20 anggota polis, 30 bomba dan lima APM,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Tanjung Kanan, di sini hari ini.

Kata beliau, keadaan banjir didapati surut tetapi masih mengalir deras.

“Kawasan kejadian terletak bersebelahan sungai yang melimpah akibat hujan lebat malam tadi. Air mula naik di kawasan ini kira-kira pukul 5 pagi tadi,” ujarnya.

Menurutnya, operasi pencarian mengalami sedikit kesukaran berikutan air deras serta kawasan tersebut merupakan kebun getah, kelapa sawit dan pokok buah-buahan.

Sementara itu, katanya, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Masjid Aisyah Kampung Tanjung Kanan.

“Seramai 38 mangsa daripada 13 keluarga dipindahkan ke PPS itu sehingga pukul 12 tengah hari ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI