fbpx

10 individu berkait GISBH dilanjut reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang dibawa untuk proses lanjutan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini. – Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Seramai 10 individu yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dilanjutkan reman bagi membantu siasatan berhubung kes pengekploitasian dan pemerdagangan kanak-kanak.

Perintah reman antara empat hingga tujuh hari itu dibenarkan Timbalan Pendaftar Muhammad Firdaus Abdul Rashid di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Peguam Shalehuddin Salam berkata, semua individu itu terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita berusia 22 hingga 53 tahun.

“Kesemua mereka sebelum ini telah direman selama seminggu dan tempohnya tamat hari ini.

“Tempoh reman mereka disambung lagi antaranya sehingga 5 Oktober depan bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tambah beliau, siasatan antaranya dijalankan mengikut Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022.

Terdahulu, kesemua individu yang berpakaian lokap jingga itu tiba dengan menaiki trak polis dengan dikawal ketat anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), kira-kira pukul 9.35 pagi.

Mereka dibawa untuk tahanan di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.

Terdahulu, empat isteri dan tiga anak seorang Ahli Lembaga Pengarah GISBH turut direman seminggu bagi membantu siasatan kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI