fbpx

Pemandu lori tanah ‘sodok’ lima kereta di Nilai positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan nahas lima kenderaan yang mengorbankan seorang Wanita di Jalan Persiaran Negeri dekat Persimpangan Lampu Isyarat Persiaran Golf, Nilai, semalam.

SEREMBAN – Seorang pemandu lori yang dipercayai menjadi punca berlakunya nahas melibatkan lima buah kereta dan turut mengakibatkan kematian seorang wanita di Jalan Persiaran Negeri dekat Persimpangan Lampu Isyarat Persiaran Golf, Nilai, semalam didapati positif dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Mat Ghani Lateh berkata, berdasarkan ujian urin yang dilakukan terhadap suspek lelaki yang berusia 30 itu, dia positif dadah jenis Methaphetamine.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk proses mendapatkan reman dan permohonan reman telah dibuat di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali.

SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk proses mendapatkan reman

KOSMO! sebelum ini melaporkan seorang wanita maut selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu apabila keretanya dan lima buah kereta lain dirempuh sebuah lori membawa muatan tanah dalam nahas di Nilai.

Dalam nahas yang berlaku kira-kira jam 3.45 petang itu, sebuah lori tipper jenis Nissan dipandu suspek dalam perjalanan dari arah Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang menghala ke Pusat Bandar Nilai.

Apabila sampai di persimpangan lampu isyarat Persiaran Golf, Nilai lori tersebut hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar lima buah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat berwarna merah.

Akibat daripada kemalangan tersebut pemandu kereta jenis Perodua Ativa yang dipandu oleh seorang wanita berusia 31 tahun telah tersepit di tempat duduk pemandu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI