fbpx

Suami berkeras namakan anak sempena bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita berang apabila suami mahu menamakan anak mereka sempena mendiang isteri lelaki itu. - Gambar hiasan (iStock)

LONDON – Seorang bakal ibu dikritik oleh suami dan keluarga mentuanya apabila menolak menamakan bayi dalam kandungan dengan nama mendiang isteri lelaki tersebut.

Menurut laporan Mirror UK semalam, wanita itu memuat naik luahan perasaan di laman Facebook dan meminta pandangan netizen tentang keputusannya

“Suami menuduh saya bertindak keterlaluan apabila enggan menamakan anak kami dengan nama mendiang isterinya.

“Saya faham pemergian mendiang adalah insiden menyedihkan tetapi saya rasa keinginan suami menamakan anak dengan nama wanita itu tidak boleh diterima akal,” tulisnya.

Tambah wanita itu lagi, dia sudah banyak berkompromi dengan suaminya apabila membenarkan gambar perkahwinan dengan mendiang diletakkan di dalam rumah mereka malah tidak memarahi lelaki itu yang masih menggantung cincin perkahwinan lama pada rantai lehernya.

“Adakah keputusan saya ini salah?”, tanyanya meminta pendapat.

Status tersebut menerima lebih 1,500 komen yang rata-rata bersetuju dengan keputusan wanita itu dan menganggap suaminya bersikap mementingkan diri sendiri.

“Maafkan saya tetapi anda layak mendapat suami yang meletakkan anda serta anaknya sebagai keutamaan dan bukan mendiang isterinya,” tulis seorang pengguna.

“Saya rasa tindakan suami anda agak pelik. Anak itu perlukan identiti sendiri dan suami anda memerlukan sesi kaunseling untuk mengatasi masalahnya yang masih berkabung atas kematian isteri pertamanya itu,” ulas seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI