fbpx

763 individu terima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazran (tengah) menunjukkan buku senarai penerima darjah kebesaran pada sidang media sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-55 Tahun 2024 di Istana Balai Besar, Kota Bharu hari ini.- Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Seramai 763 individu tersenarai menerima gelaran, Darjah Kebesaran Bintang, pingat dan surat kepujian sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-55 esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, daripada jumlah penerima, tiga bakal dilantik sebagai Jaksa Pendamai.

Menurutnya, Istiadat pengurniaan darjah kebesaran akan berlangsung esok dengan sesi pertama dijadualkan bermula pada pukul 8 pagi di Istana Balai Besar, di sini.

“Menjunjung titah perintah dan limpah kurnia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, saya dengan ini memaklumkan bahawa baginda telah mengampun perkenan mengurniakan darjah-darjah kebesaran, bintang-bintang dan surat pujian kepada seramai 763 penerima mengikut sebagaimana yang telah ditentukan.

“Serta melantik seramai tiga orang menjadi Jaksa Pendamai sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke 55 tahun 2024,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Nazran meberitahu, lebih 100 individu akan menerima pengurniaan darjah kebesaran pada sesi pertama, manakala sesi seterusnya akan dimaklumkan kelak.

“Beberapa acara turut disediakan untuk orang ramai sempena perayaan ulang tahun keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55 ini antaranya Majlis Taman, pesta air, pesta flora dan Kelantan Mountain Bike Challenge 2024 (XCO).

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan istiadat pengurniaan kali ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI