fbpx

PRK DUN MAHKOTA: Mohamad Haizan selesai mengundi, seru pengundi luar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD HAIZAN selesai menunaikan tanggungjawap sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu, Kluang pukul 10 pagi hari ini.

KLUANG – Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pagi ini.

Mohamad Haizan tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Melayu di sini pukul 10 pagi sebelum selesai menjalani proses mengundi kira-kira 15 minit kemudian.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai mengundi, Mohamad Haizan bersyukur kerana proses pengundian berjalan lancar pada pagi ini.

“Saya harap semua pengundi di luar Mahkota keluar mengundi dan harap situasi baik ini akan kekal sehingga tamat waktu mengundi pada pukul 6 petang nanti.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua jentera parti, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak media,” katanya ditemui di pekarangan SK Kampong Melayu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI