fbpx

‘Jika ada masa, Tok Anwar mai lagi Kedah jumpa Uya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Anwar berhubung dengan kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Uya.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Uya, iaitu salah seorang mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman, Alor Setar baru-baru ini.

Video perbualan Anwar bersama kanak-kanak tersebut dimuat naik beliau di media sosialnya malam tadi.

“Petang tadi (semalam) saya sempat menelefon adik Uya dari Kedah yang baru-baru ini bersama keluarganya diuji dengan musibah banjir dan telah ditempatkan di PPS SK Taman Aman, Alor Setar.

“Mendoakan adik Uya dan keluarganya diberi kekuatan oleh Allah SWT saat ditimpa musibah. Nanti jika ada masa Tok Anwar akan ‘mai’ (datang) lagi ke Kedah dan jumpa Uya, insya-Allah,” katanya pada panggilan video itu.

Dalam perbualan tersebut, Anwar turut memuji lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak itu.

“Uya, ni Tok Anwar. Mana lukisan, Uya ada lukis kan. Atuk nak tengok, baik (merujuk kepada lukisan Uya), terima kasih. Wahhh okay, rajinnya, cantiknya, pandainya Uya,” katanya ketika berbual bersama Uya dan ibu kanak-kanak itu.

Sebelum mengakhiri perbualan, Uya mengucapkan terima kasih dan menunjukkan isyarat ‘mini love’ serta dibalas kembali oleh Anwar.

Beberapa hari lalu, ibu kanak-kanak tersebut menerusi akaun TikTok @husnanawwarloksin memuat naik video Uya meminta agar Perdana Menteri melawatnya di PPS SK Taman Aman.

Pada 21 September lalu Kosmo! melaporkan, Anwar bertemu mangsa banjir di tiga PPS yang dibuka di Alor Setar iaitu Stadium Sultan Abdul Halim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan SK Titi Gajah.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM13 juta sebagai bantuan banjir di Kedah termasuk sumbangan kepada mangsa, pembersihan kawasan terjejas dan pembaikan infrastruktur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI