fbpx

PRK DUN MAHKOTA: Ibu berpantang dukung anak datang mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR SYFIQAH sambil mendukung anaknya, Nur Syafaa Atiya yang baru berumur sebulan selesai mengundi sempena Hari Mengundi bagi N.29 DUN Mahkota di SMK Seri Perdana, Kluang hari ini.- Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

KLUANG – Seorang ibu muda yang masih lagi dalam tempoh berpantang mencuri tumpuan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana di sini pagi ini kerana mendukung anak yang baharu dilahirkan untuk mengundi hari ini.

Nur Syafiqah Azani, 19, yang baharu melahirkan anak sulungnya, Nur Syafaa Atiya Mohd Riyadh Irfan berusia 30 hari tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

“Saya tinggal di Tampoi, Johor Bahru, pulang ke sini seawal pukul 4 pagi bersama suami saya yang bekerja sebagai pengurus kedai alat perkakasan.

“Ini adalah kali pertama saya mengundi, jadi saya tak mahu ketinggalan untuk sama-sama datang mengundi.

“Sebenarnya saya asal Sarawak, pindah Taman Murni di sini pada tahun 2016 kerana emak saya bekerja di Hospital Kluang, saya semak pendaftar pemilih tahun lepas dan saya layak mengundi pada PRK DUN Mahkota hari ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ujarnya, selepas selesai mengundi dia terus akan pulang ke Johor Bahru kerana suaminya akan bekerja pada shif petang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI