fbpx

PRK DUN MAHKOTA: 20 pusat mengundi ‘beroperasi’ serentak 8 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNDI PRK DUN Mahkota mula masuk ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perdana, Taman Suria, Kluang untuk menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat hari ini. – Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

KLUANG – Sebanyak 20 pusat mengundi membabitkan 109 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dibuka secara serentak pada pukul 8 pagi hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 66,318 pemilih berdaftar termasuk 4,911 pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota tentera, polis serta pasangan yang berlangsung Selasa lalu serta 10 pengundi luar negara.

Hari ini, seramai 61,397 pengundi biasa bakal memilih samada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah atau wakil Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar sebagai wakil rakyat mereka.

Berdasarkan statistik data pemilih yang dikeluarkan SPR, pecahan pengundi lelaki adalah seramai 33,453 orang, manakala baki 32,865 pula terdiri daripada pengundi wanita wanita.

Syed Hussein, 40, akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana manakala Mohamad Haizan, 61, di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu.

Selesai proses pengundian pukul 6 petang, proses penjumlahan undi akan berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.

PRK DUN diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI