fbpx

Ringgit tengah cari nilai imbang kukuh – Amir Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah (tiga kiri) ketika melakukan tinjauan pada perasmian mesin pengimbas baharu JKDM di KLIA, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

SEPANG – Kadar ringgit yang kembali teguh dalam pasaran tukaran mata wang asing sepanjang minggu ini membuktikan trend perkembangan positif bagi ekonomi Malaysia.

Pandangan itu disuarakan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika ditanya pemberita mengenai nilai tempatan ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Kita sudah lihat ringgit mula banyak mengukuh seperti diunjur awal tahun dan nampak baik dari segi ekonomi malah diramal bergerak kepada tahap yang lebih baik,” katanya selepas merasmikan mesin pengimbas baharu Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Nilai ringgit meraih tumpuan ramai pihak apabila memaparkan prestasi cemerlang dalam suku ketiga 2024 dengan naik 12 peratus sejak awal tahun dan terbaik di rantau ASEAN.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah dalam nada optimis mengakui situasi amat positif itu turut disumbangkan faktor ganjakan kadar faedah yang diturunkan Rizab Persekutuan di AS.

“Alhamdulillah, ringgit masih kukuh dan mata wang kita tengah cuba mencari nilai imbang sepatutnya namun saya bersyukur dapat nampak banyak perbezaan ketara,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI