fbpx

Kes rogol bawah umur di Kelantan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Januari 2021 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini. - Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kes rogol melibatkan pasangan kekasih bawah umur di Kelantan meningkat sebanyak 30 peratus pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sebanyak 106 kes rogol pasangan bawah umur dilaporkan pada tahun lalu berbanding 74 kes pada 2019.

Katanya, sehubungan dengan itu, kejadian rogol amat membimbangkan kerana ia berlaku apabila pasangan terbabit menjalinkan hubungan rapat antara satu sama lain.

Ujarnya, bukan sahaja pasangan kekasih, kegiatan itu turut berlaku dalam kalangan ahli keluarga apabila ada yang merahsiakan perhubungan mereka.

“Tidak terkecuali golongan yang mempunyai latar belakang agama yang tinggi sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Saya berharap, masyarakat sedar dan boleh mengambil tindakan bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap anak-anak yang masih bawah umur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Januari 2021 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Shafien meminta masyarakat, ketua-ketua komuniti dan institusi lain supaya sama-sama mencari kaedah untuk mengambil tindakan sebelum berlaku. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI