fbpx

Mayat seorang wanita ditemukan tersangkut pada pokok pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang ditemui.

LIPIS – Mayat seorang wanita yang hilang selepas bot dinaiki bersama suami dan dua anak perempuannya terbalik di Sungai Jelai ditemukan hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mayat mangsa, Rozi Omar, 52, ditemukan kira-kira pukul 9.45 pagi oleh pasukan bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Mayat mangsa ditemukan tersangkut pada pokok pisang kira-kira 100 meter daripada kawasan kejadian dalam keadaan sempurna.

“Hanya satu mangsa ditemukan setakat ini dan operasi diteruskan bagi mencari seorang lagi mangsa yang hilang,” katanya di sini hari ini.

Semalam, dua beranak hilang dihanyutkan arus deras selepas bot dinaiki mereka untuk melihat keadaan rumah mereka yang dinaiki air di Kampung Bertang terbalik.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu dua mangsa iaitu bapa dan seorang anak berjaya menyelamatkan diri manakala dua mangsa yang merupakan ibu dan anak perempuan hilang dibawa arus.

Menurut Azli, mayat mangsa yang merupakan ibu kepada mangsa yang masih hilang dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

Katanya, pada masa ini operasi mencari dan menyelamat melibatkan 31 anggota polis dan bomba diteruskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI