fbpx

Nestle sumbang RM840,00 untuk Peraduan Gaji Seumur Hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juan Aranols (tiga dari kiri, berdiri, depan) bergambar dengan pemenang Peraduan Gaji Seumur Hidup dan juga wakil penerima sumbangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Peraduan Gaji Seumur Hidup memasuki edisi kedua bukan sahaja memberi impak besar dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat di negara ini, malah turut memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. 

Inisiatif ini bukan sahaja memberi ganjaran kepada pemenang peraduan, malah Nestlé Malaysia (Nestle) turut menyalurkan bantuan kewangan bermakna kepada 18 badan amal dan pertubuhan bukan kerajaan di seluruh negara. 

Daripada 11 peserta akhir, dua pemenang dianugerahkan Gaji Seumur Hidup sebanyak RM3,500 sebulan, manakala sembilan pemenang lain menerima RM3,500 untuk tempoh setahun. 

Pada majlis penutup program itu baru-baru ini, sebanyak 16 badan amal menerima RM42,000 setiap satu, manakala dua pertubuhan yang dipilih oleh dua pemenang hadiah utama Gaji Seumur Hidup pula masing-masing menerima sumbangan berganda berjumlah RM84,000. 

Sumbangan ini menjadikan nilai keseluruhan yang diderma oleh Nestlé menerusi peraduan Gaji Seumur Hidup adalah RM840,000. 

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols berkata, matlamat sumbangan ini adalah untuk membantu badan-badan amal tersebut meneruskan kerja-kerja murni yang memenuhi pelbagai keperluan sosial, daripada meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap penyakit mental kepada bantuan bagi golongan kurang upaya penglihatan, penjagaan kanak-kanak kurang bernasib baik dan pelbagai lagi tujuan murni yang lain.

“Misi kami adalah berlandaskan nilai-nilai yang dikongsi bersama dengan masyarakat setempat di mana kami beroperasi, dan kami benar-benar yakin serta telah membuktikannya secara konsisten sepanjang 112 tahun kehadiran kami di Malaysia. 

“Peraduan Gaji Seumur Hidup merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk menyantuni dan menambah baik kehidupan rakyat dengan cara yang sesuai dengan nilai dan aspirasi Malaysia. 

“Bukan setakat menawarkan hadiah semata-mata, kami berhasrat untuk melabur dalam kehidupan rakyat Malaysia dan masa depan komuniti kita,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Dua pemenang hadiah utama peraduan tersebut iaitu Spencer Lim, 37 tahun, dari Sarawak dan Lim Yuen Heng, 47 tahun, dari Johor, masing-masing menerima hadiah bulanan berjumlah RM3,500 untuk seumur hidup,  bakal mengubah kehidupan mereka. 

Hadiah ini bukan sahaja memberikan jaminan jangka panjang kepada para pemenang tetapi turut merangkumi jumlah insurans sebanyak RM500,000 untuk waris mereka, agar kesejahteraan keluarga mereka terpelihara.

Spencer Lim memilih Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) untuk menerima sumbangan manakala Lim Yuen Heng, yang memilih Yayasan Orang Buta Malaysia untuk menerima sumbangan.

Kedua-dua pertubuhan itu masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM84,000. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI