fbpx

Orkim perkukuh kerjasama jangka panjang dengan Shell Malaysia, Shell Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten Cheah Sin Bi (lima dari kanan) dan Shairan Huzani (enam dari kiri) pada majlis pemeteraian di antara Orkim dengan Shell Malaysia serta Shell Timur.

PETALING JAYA – Orkim Sdn Bhd (Orkim) telah memeterai perjanjian sewa khas jangka panjang dengan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (Shell Malaysia) dan Shell Timur Sdn Bhd (Shell Timur) untuk menyerahkan dua kapal tangki baharu. 

Kerjasama penting ini menandakan satu kemajuan besar dalam sektor maritim dan tenaga di Malaysia serta mengukuhkan lagi komitmen Orkim untuk menambah baik infrastruktur logistik dan pengedaran bahan api negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Orkim, Kapten Cheah Sin Bi berkata, perjanjian sewa khas ini  memperlihatkan komitmen tidak berbelah bahagi syarikat untuk menyediakan penyelesaian logistik yang boleh dipercayai dan sekali gus mengukuhkan kerjasama berterusan selama 15 tahun dengan Shell Malaysia dan Shell Timur dalam pengangkutan serta pengedaran Produk Petroleum Bersih (CPP) ke seluruh Malaysia dan Singapura.

Perjanjian ini juga merupakan satu mercu jaya yang penting bagi Orkim, dengan peluasan angkatan kapal iaitu angkatan terbesar di negara ini bagi pengangkutan CPP.

“Penyerahan dua kapal tangki baharu ini dijadualkan pada suku keempat 2026 dan bakal memainkan peranan penting bagi mengangkut CPP Shell ke seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur. 

“Kapal-kapal ini akan meningkatkan keupayaan angkatan kami dengan ketara dan mengukuhkan komitmen kami kepada kelestarian dan penjagaan alam sekitar dalam sektor ini. 

“Dibina berlandaskan teknologi cekap guna bahan api termasuk Sistem Rawatan Air Balast, kapal-kapal ini akan melindungi ekosistem marin dan melanjutkan lagi inisiatif kelestarian Shell Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Bahagian Hiliran Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain berkata, perjanjian ini memaparkan dedikasi Shell untuk menggalakkan pertumbuhan industri tempatan. 

“Pakatan ini menandakan satu mercu jaya penting dalam komitmen kami untuk menyokong dan memajukan barisan kontraktor tempatan menerusi strategi kerjasama jangka panjang,” ujarnya.

Orkim mengendalikan angkatan kapal CPP terbesar Malaysia, yang terdiri daripada 17 kapal tangki CPP dan dua kapal tangki gas petroleum cecair (LPG). 

Selama ini, syarikat telah membina reputasi kukuh sebagai rakan yang boleh dipercayai dalam pengangkutan minyak dan logistik maritim. KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI