fbpx

Isteri bekas ADUN didenda RM15,000 kes tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maryati didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu, lima tahun lalu.

KANGAR – Isteri kepada seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat tuntutan palsu berkaitan penganjuran satu program usahawan lima tahun lalu.

Tertuduh, Maryati Hassan, 61, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Ibrahim turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Maryati membayar jumlah denda dikenakan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menggunakan satu dokumen sebagai tulen iaitu invois cukai sebuah hotel di sini bertarikh 30 Mei 2016 bernilai RM10,000 yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai ia adalah palsu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI