fbpx

Pesohor media sosial nyaris maut minum ‘susu ganja’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu menikmati minuman ‘susu ganja’ sebelum dimasukkan ke hospital. - Instagram

NEW DELHI – Seorang pesohor media sosial dari Britain mengalami keracunan makanan serius selepas menikmati minuman digelar sebagai  ‘susu ganja’ ketika bercuti di India, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @sampepper, dia dilihat menikmati minuman susu yang dicampur daun ganja dinamakan ‘bhang’ di sebuah gerai tempatan. 

Rakaman sama menunjukkan dia terbaring di hospital selepas mengalami demam panas dan jangkitan perut yang teruk. 

“Saya melakukan perkara terburuk yang boleh anda lakukan di India dan akhirnya saya berada di hospital. 

“Orang ramai geli dengan minuman atau makanan yang dibancuh dengan menggunakan jari dan tangan, tetapi saya mencuba sendiri susu digaul dengan jari ini,” kata lelaki itu dalam videonya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 95,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Siapa suruh anda minum di sana? Banyak lagi restoran dan tempat yang lebih baik! Kenapa perlu pergi ke tempat yang kotor?” marah seorang netizen. 

“Anda mengambil dadah dan mengeluh? Padan muka,” sindir netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI