fbpx

Pelaksanaan Akta 852 akan beri impak kepada peniaga kedai kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teu Hoon (tengah) semasa sidang media Penguatkuasaan Akta 852 mengenakan cabaran kepada Perniagaan Tempatan di Persatuan Agung Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura. Foto SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura menjelaskan pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bakal memberikan impak signifikan kepada perniagaan mereka.

Menyuarakan isu tersebut, Presidennya, Wong Teu Hoon berkata, pihaknya akan mengadakan sidang dialog bersama pihak kerajaan dalam masa terdekat berikutan tiada penjelasan yang jelas mengenai akta tersebut sebelum ini.

“Ini merupakan kebimbangan mendesak bagi ramai pihak pemilik peniagaan tempatan terutamanya berkaitan implikasi terhadap perniagaan kami.

“Jika ada, bagaimana kami dijangka mengatasi perubahan peraturan dan prosedur peratuan ini dalam tempoh kurang dari tujuh hari yang dikuatkuasakan di seluruh negara pada 1 Oktober nanti?” katanya hari ini pada sidang akhbar di Pudu, di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) pada 14 Mac lalu, mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai cadangan kerajaan untuk menguatkuasakan pembungkusan rokok biasa, bersama peraturan untuk pembungkusan vape.

Pembungkusan biasa bertujuan menyeragamkan rupa pek rokok dimana nama jenama akan dicetak menggunakan fon biasa serta warnanya diseragamkan, tanpa ciri reka bentuk yang unik.

Tambah Teu Hoon, penguatkuasaan larangan mempamerkan rokok dan peraturan pembungkusan biasa boleh membebankan peruncit sehingga RM620 juta pada permulaannya serta tambahan RM277 juta setahun yang perlu dibelanjakan untuk mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

“Kosnya besar bagi peruncit, terutamanya dalam tempoh mencabar ini, dengan (nilai) ringgit yang semakin merosot, kos sara hidup semakin naik dan kos menjalankan perniagaan meningkat,”katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI