fbpx

Mohamed Basith diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JKDM Pulau Pinang minta orang ramai bantu kesan OKT, Mohamed Basith (gambar).

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang sedang giat memburu dan mengesan Orang Kena Tuduh (OKT) iaitu Mohamed Basith (nombor passport India: P6256115).

Pengarahnya, Datuk Roselan Ramli berkata, OKT telah pun dituduh di Mahkamah pada tahun 2021 atas kesalahan memiliki 178,000 batang rokok putih pelbagai jenama yang mempunyai nilai RM14,244 serta melibatkan duti atau cukai sebanyak RM118,904.

“OKT yang dilepaskan sementara dalam jaminan mahkamah telah pun gagal atau abai untuk hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali pada tarikh-tarikh yang ditetapkan sebagai keputusan kes,” katanya.

Tambahnya, pihak JKDM Pulau Pinang memohon orang ramai agar menyalurkan maklumat sekiranya mempunyai maklumat terperinci mengenai keberadaan OKT dan maklumat boleh disalurkan secara terus kepada Pegawai Penyiasat, Penguasa Kastam, Yusof Mohamed Salleh di talian: 013-534 1032.

Dalam perkembangan lain, Roselan memaklumkan pihaknya berjaya mencatatkan rekod memberangsangkan dengan keseluruhan pencapaian 240 kes melibatkan rampasan pelbagai komoditi sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini.

Katanya, secara keseluruhannya jumlah rampasan pelbagai komoditi itu bernilai RM9.30 juta serta cukai sebanyak RM19.19 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI