fbpx

23 ‘Mat Pit’ diberkas di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penagih dadah diberkas di Sungai Buloh dalam Operasi Sarang 25 September lalu. FOTO IHSAN PDRM

SUNGAI BULOH – Seramai 23 penagih dadah termasuk lima warga asing ditahan dalam Operasi Sarang yang dijalankan di kawasan Kampung Baru Sungai Buloh, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kesemua penagih berusia 20 hingga 60 tahun dicekup pasukan operasi di kawasan itu yang dipercayai dijadikan sebagai ‘mobile pot’.

Seramai 18 warga tempatan manakala lima warga asing diberkas dalam operasi berkenaan. Kita merampas sebanyak 0.5 gram dipercayai methamphetamine.

“Lokasi transaksi kegiatan mereka ini akan berpindah-randah, penagih akan datang ke sesuatu tempat lalu menghubungi tokan dadah untuk hantar barang seterusnya masing-masing beransur dari lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kebanyakan mereka akan bergerak ke lokasi ditetapkan dengan menggunakan motosikal.

Mengulas lanjut mengenai tangkapan, katanya, seramai tiga suspek asing disiasat di bawah Seksyen 12 (2)/12(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala 20 lagi suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Selain itu, dua suspek tempatan adalah ‘wanted person’ bagi kesalahan Seksyen Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 manakala seorang suspek tempatan berpotensi diambil tindakan mengikut Seksyen 15(1)(a)/ 39C ADB 1952 (Penagih Tegar),” jelasnya.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat jenayah terutama berkaitan dadah kepada pihak polis dalam usaha untuk membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah secara habis-habisan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI