fbpx

Perhilitan kesan gajah serang tukang kebun sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAWASAN hutan belukar di belakang Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 5 di sini lokasi dimana seorang tukang kebun maut selepas diserang gajah liar semalam.

MERSING – Operasi tangkapan gajah telah dimulakan serta-merta bagi memastikan keselamatan penduduk setempat susulan serangan haiwan liar itu sehingga meragut nyawa yang berlaku di belakang Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Tenggaroh 5, Mersing di sini kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, Pejabat Perhilitan Daerah Mersing dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar serta Taman Negara (Perhilitan) akan terus menjalankan kawalan dan pemantauan di kawasan Felda berkenaan.

Tian Soon turut mengucapkan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa kejadian serangan gajah tersebut dimana seorang telah meninggal dunia, manakala seorang lagi pekerja mengalami kecederaan parah.

“Menurut laporan awal, kejadian berlaku sekitar pukul 11.00 pagi, dan pasukan Perhilitan Daerah Mersing telah bertindak segera, tiba di lokasi pada pukul 12.00 tengah hari. Pemantauan awal menggunakan dron mendapati seekor gajah jantan telah meninggalkan kawasan kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI