fbpx

JPJ perlukan tambahan 250 pegawai, anggota tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AEDY ketika ditemui selepas Majlis Pentauliahan Tamat Kursus Asas Pegawai Pengangkutan Jalan 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan, Ayer Molek, Melaka hari ini.

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memerlukan kira-kira 250 pegawai dan anggota baharu untuk mengisi kekosongan jawatan mulai tahun depan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, keperluan itu amat penting kerana pihaknya bakal berdepan pelbagai operasi penguatkuasaan yang akan dilaksanakan.

Beliau berkata, kakitangan baharu juga diperlukan khususnya untuk bertugas di bahagian penguatkuasaan, selain bahagian kejuruteraan automotif, kaunter serta pelesenan kenderaan dan pemandu.

“Kita akan cuba memohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk meningkatkan lagi pengisian jawatan-jawatan kosong yang berada di JPJ seluruh negara. Seperti di Kuala Lumpur dan Johor, masih ada kekurangan jawatan yang belum diisi.

“Setakat ini di ibu kota itu hanya 86 peratus kakitangan telah diisi yang sepatutnya sehingga lebih 90 peratus. Perkara ini kita perlu berbincang untuk mendapat kelulusan daripada JPA kerana cadangan kita adalah untuk mengambil kira-kira 250 kakitangan tahun hadapan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pentauliahan Tamat Kursus Asas Pegawai Pengangkutan Jalan 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan, Ayer Molek di sini, hari ini.

Tambah Aedy Fadly, kekuatan anggota sedia ada tidak mencukupi untuk berdepan pelbagai isu yang semakin mencabar dari semasa ke semasa, terutama bidang penguatkuasaan di samping pelesenan pemandu dan kenderaan.

Mengulas lanjut berkenaan Kursus Asas Pegawai Pengangkutan Jalan 2024, ujarnya, seramai 82 pelatih terdiri daripada empat gred KP41, gred KP29 (55), gred KP19 (3) dan gred AB19 (20) berjaya menamatkan latihan selama tiga bulan sejak 1 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI