fbpx

LTdL 2024: Zulhemi tekad julang nama Nusantara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelumba Nusantara Pro Cycling, Zulhelmi Zainal (tengah) tampil kali kedua pada perlumbaan berprestij LTdL 2024.

LANGKAWI – Jaguh pecut Nusantara Pro Cycling Team, Zulhelmi Zainal tekad membantu pasukan berpangkalan di Indonesia itu dalam usaha memburu gelaran Pasukan Terbaik Asia pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 bermula Ahad ini. 

Zulhelmi yang mewakili skuad kebangsaan pada saingan LTdL edisi 2023 menyifatkan kombinasi antara rakan sepasukan semakin baik dan bersedia untuk melakar kejutan pada perlumbaan Peringkat 1 nanti.

“Kami akan cuba yang terbaik kerana itu peranan utama pasukan inginkan untuk berada dalam kedudukan pasukan terbaik Asia dan juga pelumba terbaik Asia,” kata pelumba muda negara itu ketika ditemui hari ini.

Mengulas mengenai sasaran peribadi, Zulhelmi yang membuat penampilan kedua di perlumbaan berstatus ProSeries (2.pro) itu berharap dapat memperbaiki kedudukan pada tahun lepas.

“Bagi Peringkat 1 dan 2 ini, saya ingin memperbaiki kedudukan tahun lalu. Kalau boleh di kedudukan dalam kelompok lima atau 10 terbaik. Itu harapan yang saya ingin cuba lakukan,” katanya.

Sebagai rekod, Zulhelmi meraih pencapaian terbaiknya pada perlumbaan Peringkat 4 dari Bukit Mertajam ke Meru Raya. 

Pelumba berusia 24 tahun itu menamatkan saingan peringkat berkenaan di tempat ke-11 keseluruhan sekali gus muncul selaku pelumba terbaik Asia.

Perlumbaan LTdL 2024 akan bermula di Langkawi dengan membabitkan laluan sejauh 96.5 kilometer (km) esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN