fbpx

2 penjenayah mati ditembak sasar premis simpan peti kebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis ketika di lokasi dua penjenayah mati ditembak di Bukit Panchor, hari ini.

SEBERANG PERAI – Polis mengesahkan dua lelaki yang ditembak mati ketika cuba memecah masuk sebuah kilang di Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal di sini awal pagi tadi merupakan suspek yang dikehendaki dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kedua-dua suspek warga Vietnam yang masing-masing berusia 38 dan 39 tahun itu aktif dalam kegiatan pecah pejabat sejak tahun 2017.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi, sepasukan polis sepasukan polis Bahagian D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Waja dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek mati di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan telah menjumpai dua bilah parang serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan pecah rumah dan premis manakala kereta terbabit turut disita untuk siasatan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seberang Perai Selatan di Jawi, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua penjenayah itu menyasarkan premis kilang dan pejabat yang berpotensi memiliki aset besar dan peti kebal untuk menjana pendapatan lumayan.

“Kita juga sedang mengesan sama ada wujudnya dalang atau orang dalam premis atau sebaliknya. Dengan tertumpasnya dua suspek ini, kita berjaya menyelesaikan enam kes pecah premis di negeri ini dan lima kes di Kedah membabitkan kerugian keseluruhan berjumlah RM317,700,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI