fbpx

Ricciardo tinggalkan F1, dipecat Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICCIARDO sah meninggalkan arena F1 apabila tempatnya bersama RB digantikan oleh Lawson untuk baki musim ini. - AFP

NEW YORK – Perjalanan karier Daniel Ricciardo dalam perlumbaan Formula Satu (F1) pada musim ini berakhir lebih awal selepas pasukan satelit Red Bull telah ‘memecat’ pemandu Australia tersebut.

Pemandu berusia 22 tahun, Liam Lawson akan mengambil alih tempat Ricciardo bersama pasukan RB F1 Team dalam baki enam pusingan perlumbaan musim ini. 

Pasukan RB membuat pertukaran itu selepas pengurusan Red Bull dikatakan tidak berpuas hati dengan prestasi Ricciardo apabila gagal mencapai tahap terbaik sepanjang musim ini 

Lawson yang merupakan pemandu simpanan pasukan itu bakal turun bersaing di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat bulan depan dan prestasinya akan dinilai oleh pasukan Red Bull untuk persiapan musim 2025.

Ketua Pasukan RB, Laurent Mekies mengucapkan terima kasih kepada Ricciardo atas kerja kerasnya sepanjang dua musim bersama mereka.

“Kami amat menghargai segala usaha yang dilakukan Daniel (Ricciardo) sepanjang dua musim bersama kami. Dia sentiasa menunjukkan sikap positif dan membantu memperkukuhkan semangat berpasukan.”

“Kami mengalu-alukan kepulangan Liam (Lawson) kerana dia sudah biasa dengan pasukan serta menunjukkan prestasi baik musim lalu. Kami yakin perubahan ini akan berjalan lancar,” kata Mekies.

Lawson adalah produk program remaja Red Bull pada 2019 dan pernah menggantikan Ricciardo dalam lima perlumbaan musim lalu dengan prestasi terbaiknya meraih tempat kesembilan GP Singapura. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI